Monday, August 22, 2011

10 Tanda Awal Bakal Ditinggal Kekasih

Bukan semua percintaan akan berakhir dengan kegembiraan seperti yang diangankan. Kalau tidak, masakan ramai yang frust menonggeng kat luar tu. Korg pernah di tinggalkan kekasih? Bagi sesiapa yang belum tu bolehlah mengangkat tangan tanda syukur tapi yang dah pernah laluinya, bagaimana pulak? Melukakan hati kan? tak percaya? Tanya pada sesiapa yang ada pengalaman. Silap hari bulan ada yang serik nak bercinta. Hidup solo lagi bagus.

Apa-apa pun setiap hubungan mesti ada pasang dan surutnya. Tapi kalau asyik surut je.. korg dalam bahaya tu.. Kali ini aku akan memberi beberapa tip tanda-tanda awal yang orang tersayang nak meninggalkan korg. Sila-silakan la..

1. Bila nak ajak keluar dating, macam-macam alasan yang dia beri.. tak sihatlah… mak ajak keluar makan la… jiran dia kena culik la. Pendek kata 1001 alasan dia beri pada korg dan sesetengahnya tu pula, alasan memang tak masuk akal langsung.. Jadi tak reti-reti lagi?

2. Masa tengah hangat bercinta dulu bukan main romantik lagi, mulut tak pernah lekang dengan ungkapan sayang, rindu, cinta dan sebagainya. Lepas tu pulak kalau membahasakan diri mesti guna perkataan yang manis, manja seperti sayang, baby, honey, darling dan yang seangkatan dengannya. Tup-tup sekarang ni dah bertukar pulak. Kadang-kadang terdengar dia bahasakan diri “kau aku” je. Lagi best kalau tiba-tiba kita dengar dia panggil “woi!” je. Tu memang dah bengang la dengan lu la tu. hahaha.. angkat kaki la.. apa lagi.

3. Gambar korg tidak lagi menjadi salah satu barang berharga dalam dompetnya atau di meja bilik tidurnya. Lagi teruk bila gambar yang pernah korg beri pada dia tu, anda jumpa di bawah katil, dalam bonet kereta atau tengah lelong kat mudah.my.. haha. Pendek kata merata-rata la dia letak.

4. Bila keluar dating, dia mula buat muka. Jadi pendiam tak banyak cakap, tidak ceria dan tak bersemangat. Lebih banyak menggunakan isyarat angguk dan geleng saja bila ditanya. Kerjanya kejap-kejap asyik tengok jam di tangan. Selalu nampak cemas dan gelisah. Lepas tu kalau dating tak suka di tempat yang tersorok dan jarang menjadi tumpuan. haaa… ada makna tu..

5. Tangannya tetap tak lekang dengan handphone, kejap-kejap tup tap tup tap layan sms. Lepas tu pulak kalau kita nak tengok handphone dia, macam-macam alasan dia kasi. Baginya handphone tu dah macam nyawanya sendiri. Bergaduh bagai nak rak pun tak apa, janji handphone dia tak jatuh ke tangan korg.

6. Waktu yang paling best baginya ialah bila tak keluar dating dengan korg. Waktu tu personalitinya terus berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang periang. Baginya hari-hari tanpa korg di sisi adalah heaven yang teramat sangat.

7. Topik yang selalu dielakkan bila bersembang dengan korg ialah topik bertunang, kahwin dan cerita tentang perancangan bersama di masa hadapan. Pantang buka cerita itu saja, terus saja dia tukar topik lain. Tidak pun, dia buat-buat busy, baca paper.. tengok TV.. tengok kucing.. tengok langit..

8. Tiba-tiba je akhir-akhir ni dia selalu sangat bercerita tentang keburukan dirinya pada korg. Cerita tu pula semuanya cerita baru yang korg langsung tak pernah dengar sebelum ni. Lepas tu ada penambahan skrip kononnya dia ada penyakit yang tak boleh dirawat dan sebagainya. Ayat wajib yang dia kan kata ialah… “Awak carilah orang lain sebagai pengganti saya, kerana saya tak nak menghampakan awak di kemudian hari”.

9. Kalau dulu boleh bergayut di telefon sampai sejam lamanya tapi kini dan lain. Baru bercakap lima saat, dia dah mula buat alasan untuk hentikan perbualan. macam-macam alasan dia beri, jiran sebelah rumah datanglah.. adik menangis mintak susulah.. nak kena beri makan kucinglah.. kena angkat kain di jemuranlah.. pendek kata ada je idea dia. Hmmmm.. jadi, apa cer ni?

10. Suka cerita kosong je tak bercerita tentang kelebihan dan kehebatan teman-teman lelakinya yang lain. Sebenarnya kalau setakat apa, tapi ada kalanya dia sengaja buat perbandingan dengan korg, hinggakan ada ketikanya korg berasa begitu kerdil dan langsung tidak dihargai.

Friday, August 19, 2011

sem3

lebih kurang 3 mggu je lg da nk msuk sem3...subjek mkn btmbh...so,smngt aq pun msti btmbh...antara azamaq ntk bfday yg ke20 ni tmsuklah nk tmbh smngt ntk blaja n nk kurgkn enjoy...result sem lepas cume biase2sje...so,sem 3 nie aq akn cube ntk buat yg tbaek...kod yg aq nk target dr awl ntk dptkn A ialah MAF320,MAF330,FAR315...aq hope sgt2 dpt result yg cemerlang,gemilang n terbilang kali ni...AMIN.....

Kepada:hani, fira, yana n eja...
same2 kte b'usaha ntk sem3 nie...kte buat yg tbek...kalo aq leka tegur au...kalo aq x tau tolong ajar...hehehe...syg korg...ti kte blaja same2...


ble tgk jadual ni cm gerun je...ari isnin bukan men padat lg...5 kelas 1 ari...dr 8.30 smpai 10...boleh pecah oo kepale cm ni...ari selase ok...ari rabu sgt best...ari khmis sgt hepi sbb abes kelas 2.30...ari jumaat so sad sbb kelas smpai 6.30...biase jumaat pg je kelas...

kepada:bdk2 kelas aq
ti kte rombak blek ye jadual kte...

jom lyn lgu nie!!!!


aq suke sgt lgu nie...cinta muka buku/cinta facebook...hehehe

Sunday, August 7, 2011

10 petanda die jodoh kite..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.